Followers

Showing posts with label stuffy. Show all posts
Showing posts with label stuffy. Show all posts

Friday, August 27, 2010

iPhone 4G

wahhhhhh!!!!!

iPhone 4G ni beb!!!

caya or tak..phone canggih manggih ni da lame kuar kat Melbourne nih tapi sume under contract ler..

kalau korang register for 2 years under mane-mane line kat sini, korang akan angkat phone ni dengan free saje..alomak!!betul ke!!

betul ler..awat nak tipu lakk...

so aku ngah tunggu kedatangan phone yang canggih manggih lagi dari ni tuk menggantikan phone lame ku yang berjasa ni....

hehehe.....

(p/s:kalau ade orang nak kasik dialu-alukan)

Tomyam for wifey

Disebabkan kesebokkan yang melampau,aku kesian dekat wifey aku ..jadi aku pun membuka buku resepi untuk memasak tomyam idaman untuk isteri tersayang.Wifey suka makan tomyam aku pulak kureng suke.Tapi bile dah kawin,aku tetibe suke pulak tomyam...!Kelas isteri aku jauh..1 jam dari Melbourne..Aku balik je dari trek,aku terus ke dapur..dan prepare masakan untuk berbuka puasa bersama wifey.....inilah 1st time aku masak Tomyam!dan inilah jugak kali pertama aku served bukak pose untuk wifeyku....



Ni la hasilnye..amacam?






Saturday, November 21, 2009

Azizulhasni bangkit di Melbourne

Oleh Meor Hisham Zulkifli
sham@bharian.com.my


AZIZULHASNI (kiri) dan Josiah menunjukkan pingat perak dan gangsa yang mereka raih di Kejohanan Berbasikal Trek Klasik Piala Dunia UCI, di Melbourne, Australia semalam.

Raih perak acara keirin Piala Dunia UCI selepas gagal menyerlah di Manchester

JAGUH lumba basikal negara, Azizulhasni Awang mempamer kayuhan cemerlang apabila menduduki tempat kedua dalam acara keirin kegemarannya di Kejohanan Berbasikal Trek Klasik Piala Dunia UCI, di Melbourne, Australia semalam.

Azizulhasni yang menyarung jersi Bike Technologies Australia (BTA), meraih pingat perak dalam perlumbaan lapan pusingan itu di belakang pelumba Jerman, Carsten Bergemann manakala seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng mendapat gangsa.


Kejayaan berkenaan meletakkan jagoan kelahiran Terengganu itu di ranking ketiga dunia selepas mengumpul 10 mata ketika Josiah berada di tangga kelima dunia dengan lapan mata selepas dua siri perlumbaan.

Carsten kini berkongsi kedudukan di ranking pertama dunia acara keirin selepas mengumpul 12 mata bersama jaguh keirin dunia, Chris Hoy yang meraih emas dalam kejohanan siri yang sama di Manchester, awal bulan ini.

Mengulas kejayaan itu, Pengerusi Jawatankuasa Berbasikal Trek Persatuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (MNCF), Datuk Naim Mohamad, berkata keputusan yang diraih Azizulhasni nyata melegakan.

"Selepas di Manchester, kami agak gusar terutama selepas dia gagal menyerlah gara-gara demam tetapi kali ini, kami tetap berpuas hati walaupun dia meraih pingat perak. Ini membuktikan dia mampu terus memberikan saingan.

"Kehadiran Josiah yang berada di tempat ketiga turut menggembirakan kerana ini dapat membantu melonjakkan saingan negara selain memberikan peluang cerah untuk Malaysia meraih pingat pada Sukan Asia dan Komanwel kelak," katanya.

Dua lagi siri perlumbaan Piala Dunia ini akan diadakan di Cali, Columbia pada 10 hingga 12 Disember ini dan di China pada Januari depan, namun tumpuan Azizulhasni hanya kepada saingan di Beijing saja selepas ini.

Wednesday, September 16, 2009

Azizulhasni perlu bijak

Azizulhasni perlu bijak

Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my
MENYEDARI bakal melalui laluan yang penuh berliku tahun hadapan, pelumba harapan negara, Azizulhasni Awang perlu bijak merencana strategi terbaik ketika berdepan lawan.

Antara Sukan Komanwel, Sukan Asia mahupun Kejohanan Dunia, semua temasya itu penting buat pelumba kelahiran Terengganu itu untuk membawa nama negara di pentas antarabangsa.

Biarpun sukar untuk menyerlah di setiap kejohanan disertainya, Azizul tetap yakin mampu memberikan yang terbaik untuk mendominasi acara kegemarannya, keirin dan juga pecut.

“Tahun depan memang sibuk dan mencabar. Kedua-dua temasya sukan itu, baik Komanwel mahupun Asia sangat penting untuk saya. Saya mahukan pingat di kedua-dua kejohanan berkenaan terutamanya Sukan Asia.

“Siri Kejohanan Dunia juga penting kepada saya untuk menjadi kayu pengukur kepada kemampuan saya dan saya harap keputusan itu nanti lebih baik berbanding tahun lalu,” katanya yang meraih pingat perak dalam acara pecut 200m dalam saingan kemuncak Kejohanan Dunia, Mac lalu.

Azizul berkata, lima siri Kejohanan Dunia yang akan berlangsung tahun depan mungkin menjadi tempat terbaik menebus kekecewaannya muncul sebagai kuasa dunia dengan menyarung jersi pelangi dalam acara keirin.

Katanya, jersi pelangi adalah jersi yang menjadi impian setiap atlit yang bergelar pelumba basikal justeru selagi belum menjadikannya kenyataan, dia akan tetap terus berusaha.

Menyingkap akan peluang, Azizul tetap optimis kerana pada setiap kejohanan peluang untuk menang sentiasa terbuka namun saingannya sentiasa sukar untuk dijangka.

Apapun kejayaan harus di kejar biarpun sudah sedia maklum setiap kejohanan mewujudkan persaingan dan suasana yang berbeza dan namun perlu dihadapi dengan tenang.

“Senang cerita memang susah kerana bagi saya tiada istilah perlumbaan atau pertandingan yang senang,” katanya.

Siri Kejohanan Dunia akan bermula di Manchester 30 Oktober ini, Melbourne (19-21 November), Cali, Colombia (10-12 Disember), Beijing (22-24 Januari) dan Copenhagen, Denmark (22-24 Mac).

APEEE???TELUR KEMBAQ???


waaaa...manyak ong wooo ini hali..suma wa punye telur oo..satu kotak ooo..suma die punya kuning warna..kembar ooo..wa manyak hairan..bukan satu dua bijik..tapi satu kotak telur..semua sama ooo...

macam mana ini boleh terjadi aaaa?? waa beli pisang pon dapat pisang kembar ooo?? bukan itu saja.. ada lagi ooo.. wa ambik wa punye mangga..bukan mangga pintu tapi itu buah itu..wa tgk pon kembar juga ooo...waaaaa...

wa sgt terkagum ini hali..

SUBHANALLAH

besday mamat

15hb September adalah sambutan birthday berlangsung lagi di Parkville...kali ni dah kali ke brape dahh..meriah tol Parkville..asyik sambut birthday jer..kali ni birthday Mamat lak atau name dalam lesen motor die Mohd Harrif Salleh...orang kampung aku..ganu kiter dan berlumba since junior ngan beliau..

birthday mamat ni tidak meriah dengan kek dan nyanyian 'Allah selamatkn kamu' jer..malah disusuli juga dengan acara melontar telur oleh para2 perserta lontar telur dari negara pasir berdengung...suma dok baliq teloq kat mamat nih..kesian lak aku tgk..nak muntah die..kesian tak kesian..birthday punye pasal lalu aku paling last skali keluarkan senjata sulit aku, gingseng dan akar kayu yang dah berkulat lalu di jadikan songkok kat mamat ni..

sambutan juga dimeriahkan dengan acara mengejar adik sampai ke tengah padang memalam buta..dan juga kejar semua orang dalam rumah sampai ade yang nyorok dalam loker..huahua



muke serius tiup lilin

amik ko!!songkok khas + telur mentah as juadah birthday si mamat


papepon we all tetap enjoy..(adiq je muke sedih skit)...huahua..satu..dua..tiga..tunjuk gigi!!


sesi dalam rumah lak after dah puas baling telur+kejar mengejar..kek pon dah licin..badan pon dah penat..tido time..

Monday, September 14, 2009

pari oh pari..tuke oh tuke

i really love stingray@ ray..especially when grill it..fuhhhh...makes me melting..ray nih,orang ganu panggil tuke pronounce as tu-ke..if im going back to my home town..my mom for sure will know what she should get when going to market..i really miss her 'air asam'...arghhhh..then put extra bawang potong inside it..and not to forget serai potong..(time type nih,air liur ku hampir menitik ke keyboard)..

nak balik..nak pari bakar..nak ketupat..nak lemang..nak rendang..nak nasi dagang..nak nasi minyak..nak semua..NAK RAYAAAAA...


nah die!!!..nak sgt pari erk..i give u this one..what??pari ke syair si pari-pari nih??
bosa nya omak ko..pari nih ditangkap near Bang Pakong River in Chachoengsao,Thailand..
and yang paling uniknye..sejurus after ditangkap ni..si syair si pari-pari yang sebesar 4.3 meter nih langsung melahirkan anak..waaa..terkejut punya pasal kantoi menetap kat sungai tu terus beranak..Subhanallah..

Sunday, September 13, 2009

2 FAST TO HANDLE LAH IDIOT

Aku baru balik dari uni nih..badan still stress sangkut jammed tadi..sampai-sampai umah nak masuk ikut pintu dapur umah skali budak-budak ni kecoh..

"wei..kete terbalik wei..kete terbalik" si apis yg gigi baru pas cabut

"ko nak tengok keta terbalik tak" si eddy beria

"keta sape wei??kat mane??camne leh terbalik?betol ke?? aku yang blur giler

"kat umah bunjil wei ler,keta terbalik" si junai finisher perbualan...

trus diorg amik beskal tinggal aku terkulai-kulai camtu jer..hishh..xleh jadi nih..
walaupon still blur-blur..penat and confused lagi..trus aku capai beskal teschner aku dan vroomm..vrommm..

omak kaw!!!terkejut berukz aku..tgk betol2 keta terlabik la wei..rase cam kat scene citer 2fast2furious lak..

ape lagi..kitorang pon tak melepaskan peluang amik gamba skit..then nyebok2..

incident ini berlaku disebab oleh dua pemuda yang bajet mereka ngah wat stunt er kan kononnye..agak baghal mereka nih..dengan kelajuan yang tinggi cuba masuk selekoh tajam kat kawasan perumahan..dah laju si baghal ni xleh nak handle keta die..trus langgar devider then langgar pokok disebelah kiri setelah terpantul dari divider tersebut lantas..fiuuuuwwwwww
TERBANG lah korang..amik ko...seb baik keta tak meletop..walaupon ko bukan org melayu,Allah SWT kesian gak ler kat ko..Die nak kasik ko raya gak tahun ni..haaaaaa


si apis menunjukkan pokok yg menjayakan aksi stunt tersebut


stuntman yg kecewa ngan kebengongan mereka+nurse saksi kejadian sedang merawat


aku ngan beskal teschner tak melepaskan peluang amik gamba ngan kereta yg kecundang ini..

p/s: stuntman dalam cite ni memang baghal (sorry kasar skit)..and aku mmg bengang ngan die..bawak keta mmg macam main game slalu..last time baghal nih dah langgar postbox umah kitorang..main parking jer merata tempat..suka wat hal sangat erk..amik ko..Allah bayar cash di bulan mulia nih..

SILALAH TENGOK VIDEO NIH KALAU ANDA BORING ATAU TENGAH SADIS



My manager antaq video ni..kena lak time tu aku ngah wat keje uni..byk nak mati..break jap..download nak tgk video apakah itu..skali tup..tup..video nih..ilang ngantuk..ilang penat sat..lawak giler..siyesss...tengok lahhhh..enjoy!!!

Saturday, September 12, 2009

ZAM!!!!!! HAPPY 23RD BIRTHDAYY!!!!!!!!

ORANG TUA BARUUU!!!...23 BEB...SELAMAT HARI LAHIR ZAM..
MOGA MUNG DIMURAHKAN REZEKI DAN DINAIKKN GAJI!!!!


AHLI2 MAJMUK...NILAH RUPE ATLIT2 NEGARA KITE YANG KELAPARAN..TELAN KEK!!!



KITORANG BAJET NAK BALING TELUR..SEBAB RITUAL SAMBUTAN BIRTHDAY BAGI ATLIT LUMBA BASIKAL NI MEMANG TURUN TEMURUN DOK BALING TELUR JER..DARI SENIOR2 DULU SAMPAI SKANG..AT LEAST ADE GAK TRADE MARK KAN..WAAAA..TAPI MEMANDANGKAN UMAH NI SGT LER DITITIK BERATKAN KEBERSIHAN OLEH PAK JOHN(COACH)..JADI TERPAKSALAH KITORANG WAT GIMIK JER....WAAAA..NASIB BAIK KO ZAMMM!!!!



p/s: for u guys makluman..zam adalah bekas atlet lumba basikal..both discipline..track and road..gua penah race ngan die time gua junior and senior..and die mmg power..tapi disebabkan Malaysia ketandusan coach..Zam mengambil langkah drastik dengan menukar dari seorang rider kepada coach..dan sekarang beliau adalah assistant coah of John Beasley..mak aihh..berguru ilmu beskal sampai kat rostrolia..jiran aku dlu blajaq ngan pak mat jer..tapi takpe..all the best and majulah sukan LUMBA BASIKAL!!!!





Thursday, September 10, 2009

My precious Worldchampionship's GIFT from Yang Tersayang YT

Hello there,
just nak share sikit dgn korang betape gembirenye aku harini...sebab dapat parcel from US!!
aku x budget pun ape-ape...
skaliiii jeng jeng jeng.....YT ni buat suprised kat aku rupenye....she gave me COACH wallet!!patut la haritu die dok2 tanye suke kale ape....macam2 laa die dok siasat...
brand ape..soo bilee bukak je kotakk tuuu.......walammak aiiii!!tekejut beruk aku!!!!aku terus kol YT...YT ckp hadiah semperna aku dpt silver medal aritu time worldchampionship ..die kate nk bagi lame dah..asik busy je..tmbah plak aritu kt ACC aku menang..so merangkumi segala kejuaraan aku la..sayang my MY!tmbah plak ..skrg ni otak aku tgh benggong dgn exam!dah laa results cam (......)lepas exam,kene concentrate for worldcup pulak....kene kerja kuat..!anyway...aku sanggat happy harini..cam x tergambarrrr ..betape happy nyeeeee hatiku sbb dpt wallet baru..tau2 je YT aku mmg tgh nk tuka wallet....thanks honey...!ur nonesuch !0_0

thanks a lot.....susah2 je....YT is going to celebrate her birthday soon...tgh pikir nak bagi ape kat die?any suggestion?secret...between kite je...tawww..hahahaha....
YT really helps me a lot....i cannot live without u...!!dari sume aspek..smpi assingment pun YT tolong smpai aku dpt HD and A!!terima kasih sayang...........sorry la kalau post aku ni jiwang..sbb aku mmg tgh layan jiwang di bulan ramdan....

ok selamat berpuasa..esok aku ade gym..!pastu exam kompiter..habuk pun x baca lagi..chaloh!

Sunday, September 6, 2009

Brilliant Idea



one of my Japanese friends,link me this youtube few month ago but skang baru teringat then taruk dalam blog and share with you all fellas..this is also sort of track event but with such a brilliant idea..organiser race nih wat race nih kat tengah2 town beside shopping complex lak tuh...imagine that??how come dey all nih so brilliant..such a great promotion lol..you know what

1.peminat2 beskal leh tengok,enjoy and support race nih
2.sure ler leh join race ni skali either for serious or just for fun
3.leh perkenalkan+menarik minat kat manusia2 yang lom kenal ape itu BASIKAL
4.salah satu tarikan sektor pelancongan
5.boleh carik bakat baru for 'lumba' basikal
6.aktiviti riadah for semua golongan yang ber benefit giler
7.banyak lagi ler...pikir sendiri

whatever it is..let's ride our bike

*this is the final of the drag race between Tomohiro Nagatsuka(Athens's Olympic silver gold medalist) and Kiyofumi Nagai(Beijing's Olympic bronze medalist)

hopefully ade gak sesape nak organise race camnih kat mas oneday..

Tuesday, September 1, 2009

nintendo wiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!

wink...dulu aku beli nintendo wii nih kasik kat adik aku..skali adik aku nih tak suke lak dah..nak ps2 or ps3 bagai...aduyaii..lantas aku pon bawak ler gadjet ni ke melbourne..

mula2 tak der ler layan sangat gadjet nih..tapi bile dah kena ngan kesyahduan die..fulamak..sampai kene sound and hilang pedoman ler kejap..huahuahua..

harga tak der ler mahal sangat,kalau nak dibandingkan ngan time baru-baru keluar dulu ..plus korang leh upgradekan nye time beli tu tuk pastikan gadjet korang nih leh bace CD ciplak punye..kalau tak,masak ler korang kene beli CD ori..here, range of ori CD ni from AUD40-AUD100++..so aku mengambil langkah bijak ngan membeli CD cetakan di kedai-kedai berhampiran..enjoy to be malaysian..

so aku tersangat ler recommend this nintendo wii kepada
1.student
2.orang yang kebarangkalian stress dirinya tinggi
3.orang yang menghidapi penyakit buhsan atau boring
4.orang yang mencari kepuasan

tatkala aku ke 'free' an dari kerja-kerja uni dan segala kerja yang suke hinggap kat tubuh badan aku yang dah susut nih..aku layan nintedo wii ni sat..zasssss

two boxes of cough syrup


waaaa...i already finish up both of it..but still the same..including antibiotic..tea panas with madu pon dah try..tea panas with squeeze of lime pon dah..go away..nak kayuh sikal lok nih

Tuesday, June 9, 2009

new airbrush helmet COMING!!!!


wassup bro sis and frenz..this is my special helmet..really really special...so u guys wanna know how special it is??

Actually this helmet belongs to Rene Wolf who was an Olympic Champion(he used this helmet when he win gold medal at Athens Olympics 2004).Then ,he gave this helmet to Josiah Ng our track cyclist who is getting married sooner.
The story begins when i was attending World Cup Copanhagen,Denmark 2008..i qualified to 1st round in the individual sprint after recorded new ASIAN RECORD 10.160 and will race against Mark French from Australia..before i started my race,Josiah Ng came to me and said
"Azizul..u can do this man..u fast..u super fast..u better than him..believe it man..if u win against him,i give that helmet to u"....
and i said
"are u joking man?this helmet??u wanna give it to me??
he said.."yeah man..u know me right..u win..i give it to u ok..come on!!"
and i was ,damn.i must win.i really like that helmet..
during the race,i gave a vast concentration towards the race .... then ZZZZuuuuuPPPP!!!!!!!
i won...hahahaha
then guess what,Josiah gave that helmet to me...for real...cant believe it..but anyway,thanks a lot man..

close that story,,,,

now i wanna talk bout this helmet..i reckon only two riders used this helmet in the world who are Mathias John(Germany Sprinter) and me..this type of helmet basically use by ski-jumper and it is actually in plain colour only...
However, Ivan Verba from Czech Republic ,did the air brush design on the helmet with stars on the top and JOSIAH NG's name on the left side of this helmet..
anyway,
i just made the new air brush with my name written on both side...
AZIZUL AWANG...
how kewl is dat huh??



Sunday, September 28, 2008

new oakley shades

wanna say thanks to oakley Malaysia for this sunglass...!!
Cheers!
Malaysia Boleh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...