Followers

Thursday, April 15, 2010

Azizul dicalon untuk biasiswa IOC



JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang menjadi antara tiga atlit yang akan dicalonkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerima biasiswa Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bagi persiapan menghadapi Sukan Olimpik London 2012.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, berkata prestasi menyerlah di persada antarabangsa menyaksikan atlit kelahiran Dungun, Terengganu itu berpeluang cerah menerima biasiswa bernilai kira-kira RM50,000 setahun.
“Kecemerlangan dipamerkan Azizulhasni dalam beberapa kejohanan antarabangsa sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini menjadi sokongan kuat menerima biasiswa berkenaan.

“Kita juga akan memberi sokongan penuh kepada IOC bagi membolehkan atlit yang menjadi prospek negara untuk memenangi pingat pada temasya Olimpik itu menerima biasiswa berkenaan,” katanya ditemui di pejabatnya, semalam.

Baru-baru ini, Azizulhasni, 22, mencipta sejarah sekali lagi dalam sukan berbasikal trek negara apabila meraih perak pertama acara keirin Kejohanan Dunia Trek UCI di Copenhagen, Denmark.

Antara atlit yang pernah menerima biasiswa itu termasuk bekas raja pecut negara, Watson Nyambek, Yuan Yu Fang (olahraga), Elvin Chia (renang) Mohd Hidayat Hamidon (angkat berat) dan Kevin Lim (kapal layar)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...