Followers

Wednesday, April 14, 2010

Chong Wei, Nicol, Azizulhasni pilihan

PEMAIN badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei; ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David (gambar); pelumba basikal, Mohd. Azizulhasni Awang dan pemain boling, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman merupakan antara calon popular yang tersena- rai bagi merebut anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2009.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Mohd. Yasin Mohd. Salleh berkata, atlet-atlet elit tersebut merupakan sebahagian daripada calon-calon yang tersenarai bagi merebut dua anugerah tertinggi sukan negara itu.

"Daripada 49 persatuan sukan, hanya 17 yang mengemukakan pencalonan bagi tujuh kategori yang dipertandingkan bagi Anugerah Sukan Negara 2009," katanya kepada pemberita di Bukit Jalil semalam.

Mohd. Yasin berkata, pemenang bagi semua kategori tersebut akan diketahui pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2009 yang akan berlangsung pada pukul 8.30 malam, 27 April ini di Hotel Mandarin Oriental.

Beliau berkata, tetamu kehormat pada majlis itu ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan baginda akan menyampaikan hadiah beberapa kategori utama.

Mohd. Yasin berkata, kategori yang dipertandingkan ialah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan, Pasukan Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Jurulatih Lelaki dan Wanita kebangsaan, Kepimpinan Sukan, Tokoh Sukan, Anugerah Khas serta Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan.

Tumpuan katanya, terarah kepada calon-calon bagi Olahragawan dan Olahra- gawati Kebangsaan dan kriteria utama pemilihan ialah pencapaian dan konsistensi pada peringkat kejohanan dunia.

Bagi anugerah Olahragawan, panel pemilihan yang terdiri daripada wakil KBS, Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) dan wakil daripada akhbar utama di negara ini, telah menerima 12 pencalonan.

Antara yang tersenarai ialah Chong Wei (badminton), Azizulhasni (lumba basikal), Sazali Samad (bina badan), Loh Jack Chang (wusyu), Zulmazran Zulkifli (tenpin boling), Mohd. Hatta Mahamut (karate) dan Daniel Bego (renang).

Sementara bagi calon anugerah olahragawati, sebanyak sembilan pencalonan diterima dan selain Nicol (skuasy) dan Siti Safiyah Amirah (tenpin boling), antara yang turut tersenarai ialah Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (badminton), Fateha Mustafa (lumba basikal), Siow Yi Ting (renang) dan Noraseela Mohd. Khaled (olahraga).

Pemenang Olahragawan dan Olahraga- wati kebangsaan masing-masing akan menerima RM10,000 serta trofi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...