Followers

Thursday, April 29, 2010

Azizul mampu buktikan

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/04/29

AZIZULHASNI memperaga sijil penerimaan biasiswa ‘Star’ tajaan Yayasan Sime Darby di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC), semalam.
AZIZULHASNI memperaga sijil penerimaan biasiswa ‘Star’ tajaan Yayasan Sime Darby di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC), semalam.
SUKAR mengimbangi kerjaya sukan dan pelajaran tetapi Olahragawan Kebangsaan 2009 yang baru dinobatkan, Mohd Azizulhasni Awang mahu membuktikan dia boleh meraih kecemerlangan dalam kedua-dua bidang.

Pelumba berbasikal trek pecut yang memburu pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik London 2012 itu mendapat suntikan untuk berjaya dalam misi berganda itu apabila menerima anugerah biasiswa RM160,000 setahun untuk membiayai pengajiannya di University Deakin, Melbourne, Australia daripada Yayasan Sime Darby, semalam.
“Saya begitu teruja apabila menjadi atlit pertama yang ditawarkan biasiswa. Ini bagus untuk masa depan saya.
“Biasiswa ini akan digunakan untuk membiayai yuran pengajian di samping pembabitan saya dalam pasukan lumba basikal trek Sime Darby,” kata pelumba kelahiran Dungun yang baru menamatkan tahun pertamanya dalam bidang Perdagangan (Pengurusan Sukan).

Mengenai perancangannya menghadapi London 2012, Azizulhasni yang kini berada di tanah air selepas selesai menghadapi peperiksaannya, akan memfokuskan terhadap kejohanan yang menawarkan mata dalam misinya melayakkan diri ke Sukan Olimpik, sekembalinya ke kem latihan pada Jun.

Tetapi misi lebih awal ialah Sukan Komanwel dan Sukan Asia, pada Oktober dan November ini dengan pemenang pingat perak keirin Kejohanan Dunia 2010 di Copenhagen itu berazam menebus kekecewaannya di Kejohanan Lumba Basikal Asia di Emiriyah Arab Bersatu.

“Saya sedar bukannya mudah terutama dengan peningkatan pelumba China, Korea Selatan dan Jepun.
“Peminat mengetahui Chris Hoy (Britain) saja tetapi sebenarnya saingan dalam acara ini memang sukar. Kita perlu memberikan usaha yang terbaik untuk menyaingi pelumba terbaik acara pecut dan keirin,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...