Followers

Tuesday, April 27, 2010

Penentuan atlet terbaik negara


ANTARA Azizulhasni Awang dan Datuk Lee Chong Wei, siapa bakal dinobat sebagai Olahragawan Kebangsaan 2009 pada majlis Anugerah Sukan Negara 2009 malam ini.

Mungkinkah kejayaan cemerlang perenang, Daniel Bego yang menobatkannya sebagai Raja Renang pada Sukan SEA Laos tahun lepas, atau kejayaan Muhammad Farkhan yang mencatat sejarah meraih emas tinju di luar Kuala Lumpur bakal mengejutkan nama-nama besar lain.

Anugerah Sukan Negara, pengiktirafan tertinggi kerajaan buat atlet tanah air yang gigih dan cemerlang, kembali menampilkan perebutan gelaran tersohor Olahragawan dan Olahragawati yang boleh dianggap sengit.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang juga merupakan atlet sukan berkuda yang tidak asing serta Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, berkenan berangkat hadir sebagai pencetus inspi- rasi buat atlet, pegawai dan pentadbir sukan untuk terus berjuang.

Tentu sekali, mata tertumpu kepada Chong Wei dan Azizulhasni yang dilihat calon paling menonjol.

Mereka bakal berentap buat kali kedua selepas kali pertama bersaing merebut Anugerah 100Plus SAM pada Februari lepas yang telah menjadi miliki Azizul- hasni.

Chong Wei yang sudah dua kali bergelar Olahragawan Kebangsaan, mempertaruhkan kejayaan menduduki singgahsana dunia sebagai pemain No. 1 selama 17 bulan.

Kunci kejayaan anak didik Datuk Mis- bun Sidek ini adalah konsistensi dan se- mangat untuk terus meraih kemenangan seperti yang dibuktikan dengan memena- ngi tujuh kejuaraan besar tahun lepas termasuk Terbuka Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Switzerland, Super Series Masters Akhir, Grand Prix Emas Terbuka Malaysia dan Grand Prix Emas Terbuka Macau.

Azizulhasni, terkenal dengan gelaran The PocketRocket Man, mempertaruhkan kejayaan sebagai pelumba Malaysia pertama menang pingat pada Kejohanan Trek Basikal Dunia di Poland.

Biarpun sekadar perak, kejayaan dalam acara pecut 200 meter pada Kejo- hanan Trek di Pruszkow itu nyata amat bermakna.

Kejayaan sepanjang tahun lepas termasuk muncul juara pusingan kedua Piala Dunia Klasik dan juara pecut Grand Prix Medellin di Colombia menjadikan beliau antara pilihan utama untuk bergelar Olahragawan Kebangsaan.

Daniel Bego pula menjadi- kan lima emas sebagai bukti kejaguhannya di kolam renang dan bersedia mengikut jejak Lim Keng Liat, Elvin Chia dan Anthony Ang sebagai perenang tersohor di rantau ini.

Calon lain seperti Sazali Samad (bina badan), Zulmazran Zulkifli (tenpin boling), Muhammad Farkhan (tinju), Muha- mad Hatta Mahamut (karate) dan Loh Jack Chang (wusyu) yang tersenarai dalam saingan kali ini juga mempunyai kele- bihan tersendiri.

Ketika perebutan gelaran Olahragawan Terbaik tampak sengit dengan repu- tasi dan konsistensi menjadi sandaran, perebutan Olahragawati Kebangsaan pula menjurus kepada nama seperti Wong Pei Tty dan rakan gandingan, Chin Eei Hui, Datuk Nicol Ann David dan pemain muda boling negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman.

Begitupun, kejayaan Nicol tampak terlalu besar dan beliau menerajui senarai pilihan untuk Olahragawati Kebangsaan. Sudah enam kali bergelar Olahragawati Kebangsaan, kejayaan kali ketujuh pasti- nya melakar sejarah baru buat dirinya.

Tempoh 17 bulan berada di puncak skuasy dunia selain menang dalam semua 56 perlawanan sejak awal tahun 2009 ternyata sesuatu yang amat membanggakan.

Kemampuan Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui menang tiga kejuaraan utama selain menghuni ranking dunia sebagai beregu No. 1 wanita dari April hingga Ogos tahun lepas juga sesuatu yang boleh dijadikan sandaran.

Calon-calon lain seperti Siti Safi- yah Amirah Abdul Rahman (boling), Siow Yi Ting (renang), Nora- seela Khaled (olahraga) dan Jamaliah Jamaluddin (karate) juga mempunyai keistimewaan di gelanggang masing-masing.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, anugerah kali ini lebih menarik kerana Malaysia kini sedang melalui zaman cemer- lang dalam sukan di peringkat dunia.

"Dulu acara basikal trek sukar menem- busi kedudukan di peringkat dunia tetapi kini, Azizulhasni sudah berada pada peringkat tertinggi, begitu juga Nicol, yang begitu konsisten dengan prestasi beliau," kata Zolkples.

Selain Olahragawan dan Olahragawati, 10 anugerah lain turut disediakan, meliputi anugerah untuk mereka yang berjuang di balik tabir membangunkan sesuatu sukan atau melahirkan atlet seperti jurulatih dan pentadbir sukan, termasuk atlet Paralimpik yang telah menyumbang kepada kejayaan negara tahun lepas.


2 comments:

cik rye said...

congratez!!

sifOO said...

tahniah atas penganugerahan olahragawan kebangsaan 2009...semoga kejayaan ini membakar semangat anda untuk terus berjaya.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...