Followers

Monday, April 12, 2010

Azizulhasni sedia gegar ACC Dubai

DUBAI - Apa yang dikatakan oleh pelumba dan pegawai negara lain mengenai kemampuan Azizulhasni Awang pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2010 di Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), bukan omongan kosong.

Ini kerana Azizulhasni sendiri turut yakin dengan kemampuannya untuk melakar kejayaan di negara Timur Tengah itu, dalam acara keirin, pecut dan pecut berpasukan.

Azizulhasni, yang tiba pada pukul 6 petang waktu tempatan, bersama pelumba trek yang lain, dilihat begitu bersemangat.

Azizulhasni masih 'hangat' dengan kejayaan meraih satu pingat perak pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Copenhagen, Denmark bulan lepas.

Menurut pelumba kelahiran Terengganu itu, aksinya di UAE berbekalkan keyakinan yang tinggi, untuk mengatasi pencapaian pada kejohanan yang sama di Kalimantan tahun lepas.

"Saya yakin dengan prestasi semasa saya selepas kejohanan di Copenhagen, saya sedia melakukan yang terbaik dalam acara keirin, 200 meter pecut dan pecut berpasukan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Jelasnya, sasaran utamanya pada kejohanan kali ini adalah untuk mengekalkan pingat emas yang dimenanginya tahun lepas dalam acara 200 meter pecut, selepas menyingkirkan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe dan pelumba China, Saifei Bao.

"Saya akan cuba mengekalkan kejuaraan 200 meter tetapi saya tidak pasti sama ada negara lain mempertaruhkan pelumba terbaik mereka, dalam masa yang sama juga saya perlu berhati-hati dengan kehadiran pelumba baru.

"Saya juga bertekad untuk menebus kekalahan dalam acara keirin, selepas gagal memenangi sebarang pingat tahun lepas.

''Ketika itu saya tewas kepada Watanabe dan rakan senegara, Mohd. Hafizh Sufian," katnya.

Azizulhasni, yang masih lagi belajar di sebuah universiti di Melbourne, menganggap memenangi pingat emas bagi acara pecut berpasukan adalah satu bonus buatnya, kerana dia tidak meletakkan sebarang harapan bagi acara itu.

Malaysia berjaya memenangi pingat emas dalam acara pecut berpasukan tahun lepas melalui gandingan Azizulhasni, Muhammad Edrus Yunos dan Rizal Tisin, selepas mengetepikan cabaran Iran dan China.

Acara pecut lelaki akan berlangsung Jumaat ini, manakala keirin pula pada hari Khamis dan pecut berpasukan Rabu ini.

Semua acara trek akan diadakan di Veledrom Zayed di Sharjah. - Utusan

2 comments:

dayangredzuan said...

do your best azizul hasni...
kami di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan kamu...
pulang lah dengan kejayaan

Qaseh Adriana :) said...

gOod LuCk azizul hasni.
we pray 4 ur success^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...