Followers

Wednesday, January 27, 2010

Tekad Azizulhasni

RAMAI mula mempersoalkan kewibawaan pelumba negara, Azizulhasni Awang terhadap keupayaan anak muda kelahiran Terengganu itu mengekalkan prestasinya selaku pelumba nombor satu Malaysia selepas bergelar suami, 30 Januari ini.

RAMAI mula mempersoalkan kewibawaan pelumba negara, Azizulhasni Awang terhadap keupayaan anak muda kelahiran Terengganu itu mengekalkan prestasinya selaku pelumba nombor satu Malaysia selepas bergelar suami, 30 Januari ini.


Namun apa yang dilakukan Azizul ketika di Kejohanan Dunia Klasik Siri 4 di Beijing, Ahad lalu, membuktikan segala-galanya bahawa dia tetap mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan.


Sebagai seorang pelumba, Azizul sedar tanggungjawabnya sebagai harapan negara, terutama untuk membawa pulang pingat emas di Sukan Olimpik, Beijing dan semua itu pasti tidak akan lari daripada fokus utamanya.


Dia yang tiba ke tanah air daripada Beijing semalam menegaskan, persoalan utama ketika ini adalah diri sendiri.


“Insya-Allah. Kita perlu profesional menguruskan segala hal dan pastinya saya tidak akan mencampur adukkan urusan peribadi dan kerjaya.

“Saya juga yakin saya mampu melakukan yang terbaik untuk negara dan juga diri sendiri biarpun nanti saya bergelar suami,” katanya yang mengambil contoh Shane Perkins, 24, dari Australia yang turut bergelar suami dan bapa.


Perkins kini berkedudukan tempat kedua dunia di belakang pelumba Perancis, Kevin Sireau dan turut menjadi pelumba pilihan untuk merangkul gelaran juara dunia dalam acara pecut di Piala Dunia Mac ini.


Mengulas mengenai kejayaannya merangkul jersi putih dan akan turun selaku pendahulu dalam acara keirin di Piala Dunia, Mac ini, Azizul berkata dia perlu lebih berhati-hati dalam misi mencari jersi pelangi selaku juara dunia.


“Strategi perlu diatur dengan lebih terancang supaya apa yang terjadi tahun lalu tidak berulang lagi tahun ini kerana saya pasti akan menjadi sasaran lawan apabila menyarung jersi putih,” katanya yang turut layak dalam acara pecut apabila muncul sebagai juara Asia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...