Followers

Monday, November 15, 2010

Azizul berpeluang raih emas-kosmo

Azizulhasni Awang

KILAUAN pingat emas acara trek berbasikal semakin hampir dalam genggaman apabila jaguh negara, Azizulhasni Awang mara ke pusi- ngan suku akhir acara pecut individu yang berlangsung di Velodrom Guangzhou semalam.

Azizulhasni yang baru pulih daripada selesema, mempamerkan kayuhan bertenaga sejak di awal peringkat kelayakan sehingga ke pusingan lapan pelumba terbaik dengan catatan masa 11.1557 saat menewaskan pelumba Korea Selatan, Son Gyeongsu.

Pelumba berusia 22 tahun itu akan berdepan cabaran daripada pelumba Iran, Hassanali Varposhti pada suku akhir yang akan berlangsung pagi ini.

Seorang lagi pelumba lelaki negara, Md. Edrus Yunos bagaimanapun gagal mengikut jejak langkah Azizulhasni apabila terkandas di pusingan lapan peserta terbaik dan tumpas di pusingan repechage kepada pelumba Iran, Farshid Farsinejadian.

Pelumba wanita, Fatehah Mustafa turut beraksi cemerlang apabila layak ke suku akhir setelah mengalahkan pelumba Korea Selatan, Lee Eunji apabila mencatatkan 12.122s.

Pengurus pasukan, Datuk Naim Mohamed berpuas hati dengan pencapaian pelumba negara pada temasya kali ini meskipun terkilan dengan kegagalan trio negara dan Fatehah Mustafa yang masing- masing terlepas pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan dan 500m kejar-mengejar individu.

"Jadual yang agak padat dan pelik dari- pada tuan rumah ini telah menjejaskan misi kita menghadiahkan pingat kepada negara," kata Naim ketika ditemui sema- lam.

"Dalam acara pecut berpasukan, kita terpaksa merehatkan Azizulhasni (Awang) untuk memastikan tumpuannya dalam acara pecut individu tidak terjejas. Jadi kita tidak dapat menurunkan skuad terkuat di sini.

"Mengenai Fatehah pula, memang kita menjangkakan pingat gangsa daripada pelumba muda ini tetapi tidak sangka masa- nya dipintas pada saat-saat akhir oleh pelumba Taiwan.

"Bagaimanapun, saya tetap puas kerana dia telah mencatat rekod baru kebangsaan, apatah lagi dia juga masih muda," ujarnya.

Menurut Naim, skuad basikal negara kini meletakkan harapan kepada jaguh pecut negara, Azizulhasni dan Josiah Ng untuk menghadiahkan kilauan emas dalam dua acara iaitu pecut individu dan keirin.

"Kita kini terpaksa mengharapkan Azizulhasni atau Josiah untuk mereali- sasikan sasaran satu pingat emas. Azizulhasni telah berjaya mara ke suku akhir dan peluangnya untuk mara ke final adalah cerah berdasarkan prestasi- nya ketika ini.

"Jadi saya harap dia akan kekalkan rentak kayuhannya esok (hari ini) dan marilah kita berdoa agar semuanya berjalan dengan baik bagi dirinya untuk me- realisasikan satu pingat emas di Guangzhou.

"Josiah juga tetap mempunyai peluang dalam acara Keirin, Rabu ini dan dia telah membuktikannya di Sukan Komanwel, Oktober lalu.

"Bagaimanapun, saingan di sini amat kuat berbanding Komanwel, terutama daripada pelumba China. Bagaimanapun kita lihat nanti apa yang terjadi," kata Naim.

Sementara itu, mengenai penyertaan pelumba-pelumba muda lain seperti Mohd. Akmal Amrun, Adiq Husaini Othman, Hariff Salleh dan skuad kejar-mengejar berpasukan, Naim memberitahu, tujuannya hanyalah untuk pendedahan semata-mata.

"Kita tidak menjangkakan apa-apa terhadap pelumba muda ini, penyertaan mereka di Sukan Asia ini hanyalah untuk memberi pendedahan kepada mereka saja.

"Saya harap mereka mampu memperoleh pengalaman yang berguna dalam saingan yang hebat seperti temasya Sukan Asia ini," ujarnya lagi.

2 comments:

roslimh said...

Ayuh Azizul...anda boleh melakukannya. Kami doakan di sini.

Fingers of God said...

tahniah mate.u make malaysia proud and malaysian falg stand higher and higher.ur dreams in keirin come reality.extreme power.keep up ur gud work..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...