PELUMBA pecut negara, Azizulhasni Awang bertekad untuk membawa pulang dua pingat pada hari terakhir acara trek berbasikal pada Sukan Asia Ke-16 di Guangzhou.
Azizulhasni akan beraksi dalam dua acara hari ini iaitu final keirin dan penentuan pingat gangsa acara pecut.
Meskipun hajatnya untuk mara ke final acara 200m pecut disekat pada separuh akhir oleh pelumba Jepun, Kitatsuru Tsubasa, namun pelumba yang dikenali sebagai The Pocket Rocket Man ini mahu menebusnya dalam acara keirin bersama seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng.
Namun, apa yang menjadi penghalang Azizulhasni untuk membawa pulang pingat emas dan gangsa di Velodrom Guangzhou ini ialah faktor keletihan kerana jadual dua acara pecut ini berlangsung selang dua jam pada hari yang sama.
“Hari ini (semalam) saya agak sedih kerana gagal mara ke final acara pecut. Ada kesilapan taktikal sedikit pada pusingan terakhir di mana pelumba Jepun itu menghalang saya memintas- nya dari sebelah dalam,” kata Azizul- hasni mengenai kekalahannya kepada Tsubasa semalam.
“Tetapi apa nak buat, semuanya telah berlaku. Kini saya hanya mahu memberi tumpuan kepada dua acara penting ini esok (penentuan gangsa pecut individu dan final keirin).
“Cuma masalahnya ialah kedua-dua acara dilangsungkan pada hari yang sama. Hari ini pun (semalam), saya letih kerana beraksi dalam tiga perlumbaan.
“Tetapi memandangkan esok (hari ini) hari terakhir, saya akan cuba menahan penat ini demi menghadiahkan pingat buat negara,” ujar pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu.
Pada penentuan pingat gangsa acara pecut individu pagi ini, Azizulhasni akan berdepan pelumba Jepun, Nitta Yudai manakala bagi acara final keirin pula, pelumba berusia 22 tahun itu serta rakannya, Josiah akan berdepan saingan sengit daripada dua beradik dari China, Zhang Lei dan Zhang Miao serta pelumba Jepun, Kazunari Watanabe dan Mohammad Parash dari Iran.
“Kalau dilihat kepada prestasi hari ini (semalam), memang dua beradik dari China ini amat pantas dan ada kelebihan.
“Tetapi saya dan Josiah akan cuba mengatur strategi untuk menghalang mereka di samping memastikan tiada pelumba menghalang saya daripada memecut pada pusingan terakhir.
“Apa pun peluang masih lagi 50-50, saya harap nasib memihak kepada kami esok (hari ini), tidak kira saya atau Josiah yang menang,” katanya.
3 comments:
Congratulations on your Gold Medal! Proud moment watching you and Josiah side by side at the victory ceremony. Keep up the great work!
cngrts..:)
gold 4 keirin
alhmdulillah
tahniah mate.u make malaysia proud and malaysian falg stand higher and higher.ur dreams in keirin come reality.extreme power.keep up ur gud work..
Post a Comment