Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2010/03/25
Hoy, Bauge hadir buat perhitungan muktamad
BAYANGAN awal sinaran emas Olimpik pertama negara bakal disaksikan, hari ini di Copenhagen, Denmark apabila jagoan pecut negara, Mohd Azizulhasni Awang turun dalam pusingan pertama acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2010.
Bagaimanapun kehadiran Azizulhasni kali ini sedikit digeruni kedua-dua pelumba itu, yang sedar peningkatan mendadak ditunjukkan pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu.
“Mereka juga gentar dengan kita,” kata pengurus pasukan trek kebangsaan, Datuk Naim Mohamad, berkenaan reaksi pencabar utama Azizulhasni di Copenhagen.
Menurut Naim, ketika debaran kem negara semakin memuncak menantikan Azizulhasni dan Josiah Ng turun dalam pusingan pertama acara keirin malam ini, perkara sama turut melanda jaguh pecut handalan lain yang layak ke kejohanan dunia ini.
“Dalam satu temuramah dengan wartawan di sini, Chris ada menyatakan dia kagum dengan peningkatan ditunjukkan Azizulhasni,” kata Naim. “Jadi kali ini mungkin dia akan memberi lebih perhatian kepada Azizul.”
Pada kejohanan kali ini, Naim menjangkakan catatan lebih pantas serta rekod baru dapat dibuat oleh pelumba kerana permukaan trek yang laju. “Ketika kami sampai di sini, permukaan trek baru digosok dan ini membolehkan pelumba memecut lebih pantas,” kata Naim.
“Skuad negara sempat berlatih tiga kali di trek kejohanan, dan nampaknya Azizulhasni serta Josiah sudah dapat menyesuaikan diri.” Naim turut menyimpan harapan tinggi kepada kedua-dua pelumba untuk mencipta kejutan, terutamanya Azizulhasni yang tampak lebih bersemangat sejak tiba ke sini.
Walaupun Azizulhasni sekadar mahu menjadikan Copenhagen pentas ujian menguji kemampuannya menyaingi Hoy sebelum ke Sukan Olimpik 2012, Naim yakin elemen kejutan masih mampu ditampilkan Azizulhasni dan Josiah.
1 comment:
Congratulation! Silver medalist pun OK. But harap u keep up sampai dpt GOLD plak!
Do yr best on next race...
Post a Comment