Followers

Monday, April 12, 2010

Azizulhasni tekad tebus kecewa 2009

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2010/04/12

‘Saingan kali ini lebih sukar’

MOHD Azizulhasni Awang bertekad mahu mengekalkan gelaran juara benua dalam acara pecut dan menebus kekalahan keirin di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2010 yang akan berlangsung di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) minggu ini, biarpun saingan kali ini lebih sengit berbanding edisi sebelumnya. “Pada ACC kali ini, Jepun dan Korea menghantar pelumba terbaik mereka dalam usaha memungut mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2012 di London,” kata pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu. “Saya akur saingan kali ini pasti lebih sukar, tetapi saya akan memberi kayuhan terbaik saya bagi mengekalkan gelaran juara Asia dalam acara pecut.

“Dalam acara keirin pula, saya mahu menebus kekecewaan di ACC tahun lalu yang berlangsung di Samarinda (Indonesia) dengan membawa pulang pingat tahun ini.”

Pada perlumbaan di Samarinda, Azizulhasni meraih dua emas menerusi pecut individu dan berpasukan yang meletakkan negara di tangga keempat keseluruhan.

Saingan trek hanya akan bermula Rabu ini di mana Azizulhasni, Mohd Rizal Tisin, Mohamad Hafiz Mohamed Sufian dan Mohd Harrif Salleh akan bergandingan dalam acara pecut berpasukan selain Mohamed Akmal Amrun yang turun berseorangan dalam acara kejar-mengejar individu.
Hari ini, pasukan lebuh raya negara yang dibarisi Anuar Manan, Ahmad Fallanie Ali, Ahmad Haidar Anuawar , Mohd Zamri Salleh, Adiq Husainie Ohman dan Mohd Nor Rizuan Zainal akan berkayuh sejauh 162 kilometer, dengan sandaran diletakkan kepada Anuar untuk menjuarai acara individu berkenaan.

JADUAL
Hari Ini


12.30 tgh - Lumba lebuh raya individu (perempuan) - 64.8 km;
5.45 - 10 mlm - Lumba lebuh raya individu (lelaki elit) - 162 km.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...