Followers

Wednesday, April 28, 2010

Giliran Azizul

Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my
2010/04/28

 YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (kanan)  menyampaikan trofi Anugerah Olahragawan Negara 2009 kepada  Azizulhasni sambil diperhati Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong, malam tadi.
YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (kanan) menyampaikan trofi Anugerah Olahragawan Negara 2009 kepada Azizulhasni sambil diperhati Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong, malam tadi.
Nicol Olahragawati kali ke-7

JAGUH berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang dinobatkan selaku Olahragawan Kebangsaan, manakala ratu skuasy, Nicol Ann David melakar sejarah membolot anugerah Olahragawati Kebangsaan buat kali ketujuh di majlis Anugerah Sukan Negara 2009 di Kuala Lumpur, malam tadi.
Pemilihan Azizulhasni itu menyaksikan dia memenangi anugerah berprestij berkenaan buat pertama kali dan menjadikannya sebagai pelumba basikal ketujuh memenanginya selepas Ng Jo Ngan (1970), Daud Ibrahim (1971), Rosman Alwi (1985), M Kumaresan (1987), Shahrulneeza Razali (1999) dan Josiah Ng (2004).
Pelumba yang menuntut di Universiti Deakin, Australia dan menjadi harapan negara memenangi pingat emas di Sukan Komanwel dan Asia, hujung tahun ini, mengetepikan saingan sengit daripada pemain badminton nombor satu dunia, Lee Chong Wei yang memenangi anugerah itu pada 2008.
“Saya tak sangka menang kerana Lee Chong Wei nampak seperti pilihan memenangi anugerah kali ini.

“Saya bangga dapat menyertai senarai pelumba basikal memenangi anugerah ini. Kejayaan ini satu rangsangan untuk berlatih gigih memenangi pingat emas di Sukan Komanwel dan Sukan Asia akhir tahun ini,” katanya di majlis berkenaan.

Kejayaan pelumba berusia 22 tahun itu jelas bersandarkan kejayaannya memenangi pingat perak dalam Kejohanan Trek Basikal Dunia di Poland, Mac tahun lalu, seterusnya melakar sejarah menjadi pelumba pertama negara memenangi pingat dalam sejarah kejohanan itu.
Apapun, kejayaan Nicol membolot anugerah itu buat kali ketujuh jelas mencuri tumpuan kerana menjadikannya sebagai atlit wanita paling banyak memenangi anugerah berprestij itu dalam sejarah sejak diperkenalkan pada 1966.

Tidak cukup dengan itu, pemilihannya itu juga menyaksikan dia memenangi anugerah itu buat kali kelima berturut-turut sekali gus menyamai rekod perenang sensasi, Nurul Huda Abdullah yang pernah memenanginya dari 1985 hingga 1989.

Sementara itu, kejayaan skuad bola sepak menamatkan kemarau 20 tahun memenangi emas di Sukan Sea Laos, Disember tahun lalu membolehkan skuad bimbingan K Rajagobal itu menjulang anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan 2009.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...