|
DUNGUN – Jaguh lumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang berjanji bahawa perkahwinan dengan Athiah Ilyana Abd. Samat, tidak akan mengganggu tumpuan pada kariernya.
Malah, Azizulhasni sedia menangguhkan hasrat untuk menimang cahaya mata dalam tempoh terdekat demi kejayaan dalam karier.
Azizhulhasni berkata, ini bagi membolehkan dia memberi tumpuan terhadap kejohanan selain pelajaran.
‘‘Saya memang berhasrat untuk memiliki sebuah keluarga dengan beberapa anak tapi, saya sedia menangguhkannya bagi memberi tumpuan dalam pelajaran dan sukan lumba basikal.
‘‘Lagipun, saya dan Athiah belum menamatkan pengajian kami di Australia,” katanya pada majlis menyambut menantu di rumahnya di Jalan Nibong Stesen, semalam.
Azizulhasni, yang kini melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam jurusan Perdagangan di Universiti Deakin, Melbourne, akan pulang ke Australia Isnin ini.
‘‘Buat sementara waktu, saya akan menetap di Australia supaya saya dapat menjalani latihan bagi menghadapi kejohanan dunia di Denmark.
‘‘Athiah Ilyana, yang kini pada tahun akhir pengajian peringkat Sarjana jurusan Arkitek di Universiti Deakin, Geelong, Australia juga akan pulang bersama saya,” ujarnya.
Azizulhasni dan Athiah Ilyana melangsungkan perkahwinan di Ipoh, Sabtu lalu.
2 comments:
hai Azizul,saya sentiasa mengikuti perkembangan awak dan sentiasa fikirkan peluang yang patut awak dapatkan...i think u mmg sebolehnya untukmendapatkan emas tetapi u hanya kurang sesuatu sahaja berbanding chris hoy...saya percaya..krn ini anda sentiasa berada dibelakangnya...email me at money852001@yahoo.com

Post a Comment